Dalai Lama

Dalai Lama (bahasa Tibet: ཏཱ་ལའི་བླ་མ་)merupakan pemimpin rohani dalam agama Buddha Tibet. Penganut Buddha Tibet mempercayai bahawa Dalai Lama ialah inkarnasi (kelahiran semula) Avalokiteśvara seorang bodhisattva zaman silam. Antara abad ke-17 dan tahun 1959, Dalai Lama merupakan ketua kerajaan Tibet.Dalai Lama terkini, Tenzin Gyatso dibuang negeri pada 1959 selepas pencerobohan China terhadap Tibet. Beliau kini mengetuai kerajaan buangan di Dharamsala, India.